Salam Jumaat & Salam 14 Ramadhan buat semua! J
Hari ini tetiba aku rasa nk share resepi la..haha *first time kot!* Sebenarnya aku bukan pandai masak pun setakat sikit2 tu boleyyy laa…huhu
Actually resepi ni I get from my aunty,dia yg ajarkan aku buat. Resepi ini tersangat simple dan senang. Sesiapa yg ingin mencuba amat di alu-alukan... ;) let’s try! =)
Puding Roti Buahan-buahan
Bahan-bahannya :
1. Serbuk dadih 1 paket *mengikut perisa yg disukai *
2. Roti bun * dihiris mengikut saiz yg disukai*
3. Susu cair 1 tin
4. Tropical fruit cocktail 1 tin *asingkan air dan buah-buahan*
Cara membuatnya :
1. Panaskan air 3000ml di dalam periuk sehingga mendidih.
Sementara menunggu air mendidih, aturkan roti yg telah dihiris di dalam bekas. Kemudian taburkan buah-buahan di atas roti tadi.
2. Masukkan serbuk dadih dan susu cair di dalam air yg telah mendidih. Masukkan sekali air cocktail yg diasingkan tadi. Perlahankan api dan kacau bahan-bahan tadi sehingga sekata.
3. Tutup api dan tuangkan ke dalam bekas roti tadi. Kemudian boleh la di masukkan ke dalam peti sejuk. FINISH!! =)
| Inilah Hasilnya!! =) |
| JOM MAKAN! ngee~~ =) |

ika baru je buat bnda nie. hahaha
ReplyDelete