06 January 2013

~ Adakah Cinta itu memerlukan SEBAB??? ~


Dalam satu kisah percintaan yang menarik.Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan ditepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. 

Isteri : Mengapa abang menyukai saya?Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang.
Isteri : Abang tak boleh menerangkan sebabnya?Bagaimana abang boleh mengatakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya
.
Suami : Betul! Abang tahu sebabnya tetapi abang tidak boleh membuktikan bahawa abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Tak boleh beri bukti?Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain mempunyai suami dan teman lelaki,semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu, abang tidak boleh menerangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab Sayang cantik, mempunyai suara merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu, selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar.


Sayang, jika disebabkan suara aku mencintaimu,sekarang bolehkan kamu bersuara? Tidak! Oleh itu,aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu,sekarang bolehkah kamu menunjukkannya?Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan langkah aku mencintaimu,sekarang bolehkah kamu melangkah? Tidak!Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu.
Jika cinta memerlukan sebabnya seperti sekarang,aku tidak mempunyai sebab untuk mencintaimu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini dan selamanya.

Kadang kala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat atau dipegang. Namun begitu, ia boleh dirasai di dalam hati. Maka menitislah air mata si isteri yang koma itu.


NoTaHaTiKu : Cintailah pasangan anda kerana Allah S.W.T.. =)


No comments:

Post a Comment