Pada zaman Rasulullah s.a.w., terdapat seorang wanita Yahudi yang sangat tua dan buta.
Malah, tersangat kuat juga kebenciannya terhadap Rasulullah s.a.w.
Setiap hari, Rasulullah s.a.w. akan datang kepada wanita tersebut untuk memberinya makan. Setiap kali juga wanita itu akan mengata dan mencaci Baginda s.a.w., kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu adalah Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. sendiri menghancurkan roti di dalam mulut Baginda sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkannya makan.
Rasulullah s.a.w. datang dan melaksanakan perkara yang sama hari demi hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Setiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam.
Amalan Rasulullah s.a.w. berterusan hingga Baginda wafat.
Lalu, Saidina Abu Bakar r.a. menggantikan Rasulullah s.a.w. memberi makan kepada wanita itu. Malangnya, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukanlah orang yang sama tetapi orang lain dek layanan yang tidak selembut layanan Rasulullah s.a.w.

Lalu, wanita itu bertanya di mana manusia yang sangat baik yang memberinya
makan sebelum ini.
Soalan tersebut dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar r.a. bahawa lelaki itu adalah Rasulullah s.a.w.
Akhirnya, wanita Yahudi itu masuk Islam kesan daripada akhlak terpuji Rasulullah s.a.w.
No comments:
Post a Comment