Selamat Hari guru kepada semua guru2 di Malaysia! =)
Tiba-tiba aku rasa mcm nak jadi pelajar sekolah balik…hehe
Rindunyer time kecik2 dulu,
Bila tiba hari guru jer mesti sebok suh mak ayah belikan hadiah
nak bg kat cikgu kesayangan.
Pastu tulis kad ucapan panjang2 n bagi kat cikgu.
Dah lama x buat camtu…rindu pulak nak wat camtu..huhu
Btw, aku nak ucapkan jutaan jutaan jutaan terima kasih kepada semua cikgu2 atau pensyarah2 yang pernah mengajar aku daripada dulu sampai lah sekarang ni.
Terima kasih tidak terhingga kepada cikgu2/pensyarah2:
1) TADIKA KEMAS KETEREH
2) SEK.KEB. LANGGAR (SKL)
3) SEK. MEN. DATO’ AHMAD MAHER (SMK DAM)
4) MRSM KOTA PUTRA (MRSM KOPU)
5) KOLEJ MATRIKULASI PERAK (KMPK)
6) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

TERIMA KASIH CIKGU!!! =)

No comments:
Post a Comment