Ya Allah...
hampir sebulan beliau telah meninggalkan dunia yang sementara
ini tetapi diri ini merasakan baru sahaja semalam berbual, berbicara, bergurau
senda dan bermanja-manja dengan beliau. Subhanallah....
Sebuah perpisahan yang amat sukar untuk diterima oleh aku mahupun siapa
sahaja di muka bumi Allah ini iaitu di mana insan yang amat disayangi dan dicintai
pergi menghadap Penciptanya (Allah S.W.T)…
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un…
“Yang menjadikan
mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik
amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al Mulk: 2)
Tiada kata-kata yang mampu diungkapakan lagi…hanya Allah saja yang tahu
perasaan ini. SEDIH memang tak terucap, tapi aku sebagai anak sulung sgt2
bersyukur kerana dikurniakan adik2 yang sangat tabah dan sabar dengan dugaan
ini.
Mereka tidak sedikit pun menyalahkan takdir malah redha menerima dan
yakin dengan ketentuanNYA. Tidak dapat aku gambarkan seandainya waktu itu,
mereka semua lemah dan tidak dapat menerima ketentuan ini, mungkin aku juga tidak
kuat untuk menghadapi saat itu. Sebab apa yang aku rasakan kekuatan yang Allah
kurniakan pada aku pada saat itu adalah juga kekuatan yang ada pada
adik-adik aku. Apabila melihat ketabahan mereka semua, diri ini juga menjadi lebih
tabah dan kuat untuk menerima takdir ini… Kadang-kadang bila aku menangis adik2
aku akan datang padaku, peluk dan cakap “ kak…janganlah nangis, kan dah janji
tak nak nangis depan ummi,” kata-kata itu membuatkan aku lebih kuat dan tabah.
Subhanallah… terima kasih YA ALLAH… :’)
Ada di antara ahli keluarga,saudara-mara, jiran-tetangga dan sahabat
handai arwah menangis dan sedih dengan pemergian ini, namun adik-adik yang ku
sayangi masih cuba untuk tersenyum dan menenangkan mereka. Ungkapan “ALLAH
lebih sayangkan ummi” sudah kalis di bibir kami adik-beradik dan keluarga. Kalau
boleh kami tidak mahu arwah melihat kami bersedih atas ketentuan ini.
Alhamdulillah… kami adik beradik berpeluang memandikan dan mengkafankan
arwah sebagai penghormatan terakhir kami sebagai anak. Ramai yang berpesan
jangan menangis atau menitis air mata ketika memandikan atau mengkafankan
Dan..
Alhamdulillah… Allah terus memberi kekuatan kepada kami adik-beradik,
tiada setitis air mata pun mengalir di pipi kami pada saat itu sehinggalah arwah
dikebumikan. Semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… terima kasih YA ALLAH untuk
kesekian kalinya …
30/03/2013 sebuah tarikh yang tidak pernah dan tidak akan ku lupakan…
Tepat jam 0050 arwah ummi tercinta menghembuskan nafas terakhir beliau
di samping kami adik-beradik dan kaum keluarga.
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un…
Al- Fatihah…
“Ya Allah, rahmatilah roh ibuku dan tempatkan lah ibuku dalam kalangan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh.”
Amin………
Teringat msg yg diterima dari adik ku,Aisyha Afieza Ahmad:
“ Bersama kesusahan ada kemudahan:
sesungguhnya bersama
kesusahan ada kemudahan(as-sharh: 5-6),
Ingatlah Allah lagi dekat dari urat di
leher… J
Hati yang mengingati Allah akan tenang… jangan lupa
zikir dan istighfar selalu… semoga kita berpimpinan tangan ke syurgaNYA. Amen… J .”
Amin… :)
Terbaca juga kata-katanya yang jauh di perantauan:
“Umi,pergimu mmbawa sejuta rahmat pada mereka dsekelilingmu,
mmbuka mata
mereka semua,ku tahu kamu telah berjuang hgga akhirnya,
insyaAllah keredhaan
Allah milikmu.
Jangan risau, Allah adlh sebaik2 penjaga spt mana
kami titipkan
umi pd penjagaan Allah semata.
Ungkapan cinta kerna Allah kita ucapkan
insyaAllah inilah manifestasi cinta kita,
berpisah smntara utk pertemuan yg
abadi.
Kami syg kamu,KERNA ALLAH.
Namun hakikat syg kami tidak sehebat
sygNYa..
berbahagialah dgn pertemuan dgnNya ini..:):)
*chaiyook2!!She taught me how to be strong.
She is my mum forever. luv u
n gonna miss u,meet u in dua..
this is not gudbye, it’s just a promise to meet
again in Jannah.biiznillah...
i will smile coz u also smiling till end*.”
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan seorang insan
yang bergelar ummi kepada kami.
Walaupun kurniaan itu hanya buat sementara waktu tapi
kami sangat-sangat bersyukur
kerana memilikinya dan mempunyainya sebagai ibu kami...
semoga bertemu kembali disyurgaNYA...insyaALLAH..
amin...
“Dari Allah kita datang, dan
kepadaNya jualah kita kembali”.
WE LOVE YOU UMMI FOREVER AND EVER!!!
Subhanallah aku mencintainya...
Subhanallah aku menyayanginya...
dari ufuk timur hingga ke barat...
Selalu di hatiku... :')
Jika PERTEMUAN itu kerana ALLAH,
Jika KASIH SAYANG itu kerana ALLAH,
Maka PERPISAHAN itu juga kerana ALLAH...
NotaHatiKu : Ya Allah, jadikanlah aku dan adik-adikku anak-anak yg soleh serta solehah dan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat... amin...
semoga Allah terus memberikan kekuatan dan ketabahan hati kepada kami sekeluarga... insyaAllah... amin
semoga Allah terus memberikan kekuatan dan ketabahan hati kepada kami sekeluarga... insyaAllah... amin
No comments:
Post a Comment