05 May 2013

~ Selamat Mengundi! =) ~


Alhamdulillah…
syukur kepadaNYA kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di bumiNYA ini. Semoga peluang yang ada dapat digunakan sebaik mungkin untuk lebih dekat kepadaNYA.. InsyaALLAH… :)
Selamat mengundi untuk semua warganegara Malaysia yang layak mengundi. Semoga pilihan anda semua adalah pilihan yang terbaik.  

Sedikit perkongsian ilmu yang dibaca dari buku
 “ 100 Pesanan Terakhir RASULULLAH.”
Tatkala nyawa dihujung usia
Tatkala umat yang akan ditinggalkan
Tidak tahu bagaimanakah nasibnya
Tergenang air jernih di kelopak mata
Apakah akan terjadi andainya tidak saling berpesan
buat umat yang terkemudian….

“ Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu ikutan yang baik.”
(Surah al- Ahzab ayat 21)  

Ikutan yang baik bukan sahaja termasuk dari segi akhlak tetapi juga ciri-ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w. Umat Islam diingatkan agar memilih pemimpin yang amanah, beriman dan memiliki sifat luhur seperti bijaksana, tegas, berani serta lebih mengutamakan kepentingan umat Islam lebih daripada yang lain.



NotaHatiKu : Semoga kemenangan berpihak kepada pihak yang benar-benar mampu memimpin dengan baik dan mengikut ciri-ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w… InsyaAllah. =)

No comments:

Post a Comment