23 February 2012

~ Rahmat Ujian ~


assalamualaikum....




NoTaHaTiKu: emotional not stable…. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapinya….. =(

22 February 2012

20 February 2012

~ Jadual yang TERBAIK!! ~


Assalamualaikum....

Hari ini adalah hari pertama kuliah aku pada
Semester 6 ini…
Hari ini awal2 pagi dah bangun…
bangun Sebelum subuh lagi kot …
Semangat nak pg kuliah….haha
Sebelum masuk ke kuliah apa yg aku fikirkan
Adalah jadual kuliah minggu nie…
#
#
#
#
#
#
#
Mintak2 lah tak pack sgt….

Bila smpai bilik kuliah
Member aku ckp jadual dah kua…
Aku dgn semangatnya pg tgk jadual utk minggu nie…





Fuhlamak…….
TERBAIKLAHHHHHHH!!!!



minggu pertama dah pack….
Nampak gayanya xde chance laa nak bnyak waktu free  lepas nie…. Sobs3~~~
Btw, semoga aku dan rakan2 dapt mengharungi semester ini dengan penuh ketabahan….
Semester ini adalah semester yang mencabar bagi aku …
Semoga kami dapat hadapinya dengan SENYUMAN~~
InsyaAllah….


NoTaHaTiKu: Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang..... InsyaAllah... =)

19 February 2012

~ Semester Baru.... =) ~


Assalamualaikum….

Sekejap jer mase berlalu kan..…
Pjam celik,pejam celik
Aku dah masuk semester 6.
Esok dah start kuliah….
Tapi…
Tapi…
Tapi…
*
*
*
*
*
*
*
AKU TAK READY LAGI!!! =(
Rasa mcm baru jer smlam habes final exam….uwaaaaaa…… =(
Apepun selamat menjalani kuliah buat rakan2
Dan semua yg akan memasukki semester baru…
So, semester baru mestilah azam baru kan….
Azam baru aku untuk semester nie……..
………………………..
………………………
……………….
……………
…..
…
..
BIARLAH RAHSIA!!hehe
Apa yg penting aku kena blajar lebih b’sungguh2…
Semoga semester ini lebih baik drp semester2 yg lepas…
Amin….. =)


NoTaHaTiKu : Ya Allah permudahkanlah kami di semester baru ini… amin…. =)

08 February 2012

~ Wordless Wednesday #5 ~


Assalamualaikum….








NoTaHaTiKu : btw, I can’t remember it too….. ^_^

02 February 2012

~ Patung Harimau Disangka Harimau Sebenar ~


Assalamualaikum…


KOTA BHARU: Bukan saja haiwan liar tertipu, manusia juga tertipu. Itu yang berlaku kepada penduduk di Kampung Manjor, Kuala Krai apabila membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas melihat patung harimau yang disangka harimau sebenar.
Insiden melucukan itu berlaku apabila seorang penduduk di kampung berkenaan meletakkan dua patung harimau di kawasan rumah dan kebunnya dengan tujuan menghalau haiwan liar. Dalam kejadian Isnin lalu, sepasukan anggota Perhilitan yang mendapat laporan bergegas ke kampung berkenaan sebelum mendapati dua ekor harimau yang dilaporkan itu sebenarnya patung harimau sepanjang kira-kira 1.3 meter.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Rahmat Topani berkata, kejadian berkenaan berlaku apabila pihaknya menerima laporan kira-kira jam 10 pagi, Isnin lalu daripada seorang penoreh getah yang datang ke pejabat Perhilitan di Kota Bharu memaklumkan ada penduduk di kampung berkenaan membela harimau.
Katanya, seramai 11 anggota Perhilitan dihantar ke kampung berkenaan pada jam 3 petang, hari yang sama dengan membawa beberapa kelengkapan termasuk senjata api, namun tidak menemui jejak harimau seperti dilaporkan.

“Kita melakukan pula siasatan di rumah milik Mohd Azari Said, 39, iaitu orang didakwa memelihara dua ekor harimau itu. Sebaik bertanyakan lelaki terbabit mengenai harimau yang dikatakan oleh penduduk kampung, dia mengaku mempunyai dua ekor harimau, yang mana seekor diletakkan di kebun untuk menghalau kera dan babi hutan manakala seekor lagi dijadikan mainan oleh anaknya.

“Ketika itu, barulah kita tahu yang kelibat harimau yang didakwa dilihat oleh penduduk hanyalah patung harimau yang banyak dijual di kedai,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Menurutnya, kejadian itu amat melucukan kerana sejak seminggu lalu ada penduduk yang melaporkan kepada Perhilitan bahawa Mohd Azari dan anaknya membawa salah seekor harimau itu ‘makan angin’ menggunakan motosikal.

“Lelaki terbabit mendakwa membeli setiap patung harimau itu dengan harga RM70 kerana tertarik dengan saiznya selain dikatakan berkesan bagi menghalau kera dan babi hutan.
“Walaupun tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti mengaum serta langsung tidak bergerak ia berkesan menghalau haiwan liar lain,” katanya.


NoTaHaTiKu : Tergelak-gelak bila baca berita nie…
tipah tertipu.....haha

01 February 2012

~ Wordless Wednesday #4 ~

Assalamualaikum…






NoTaHaTiKu : Fakta atau auta??=)