Showing posts with label lumrah kehidupan. Show all posts
Showing posts with label lumrah kehidupan. Show all posts

22 January 2014

~ Throwback 2013 ~

Assalamualaikum....

Selamat tahun baru buat semua!! *baru la sgt..huhu
walaupun dah terlewat aku nk jgk wish happy 2014 to everyone! =)
Dah lama tak tulis entry panjang-panjang, so today is the time to write a longlonglong story of 2013..before this tak de masa tuk throwback 2013, skg baru ada masa nk b’throwback...haha 

Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang 2013, ada yg pahit, manis, masam & masin... *amek ko semua taste ada* btw, itulah lumrah kehidupan. Apa yg penting kita kena sabar dan redha atas apa yang berlaku. =)

Throwback  my 2013:

Loss of my beloved mum

The most memorable was the loss of our beloved mum. =( Tidak kusangka arwah ummi pergi secepat itu. Tapi kami redha dengan pemergiaannya. Dan tahun ini jugak first time kami beraya tanpa ummi. Sedih hanya Allah je tahu. Semoga ummi tenang di sana. InsyaAllah...


we all miss u ummi!! :'(
semoga ummi tenang di sana...amennn...


I’m warded

First time demam teruk smpai masuk wad kt hospital sungai buloh. At that time i 
was suspected suffered from hemorrhagic dengue fever. Dua2 tangan kena cucuk. Perit sgt! Rasa mcm xnak dah sakit pasni. Inilah first time sakit teruk and without my mum besides me...sob3 :’(




setiap 6 jam dr. akan ambik darah... :'(
cuba untuk senyum walaupun dlm hati sedihh... =)


I’m graduated!

Alhamdulillah... at year of 2013 i’m officially graduated as an optometrist. Happy sangat2 sebab dah lama tunggu saat itu. Tapi sedih sgt2 sebab my mum xsempat tengok. Hopefully, arwah gembira dan bahagia di sana dengan kejayaan ini. Harap2 pasni ada rezeki tuk sambung blajar lg. InsyaAllah... =)




I’m working

Alhamdullilah...before habis belajar lagi dah dapat tawaran kerja. So, after habis final exam, aku terus start keje. Excited sgt nk keje sampai tak sempat merehatkan diri. Bila dah kerja barulah rasa dan tahu apa itu “alam pekerjaan” ...huhu *tetiba rasa nk kawen cepat2 then duk rumah goyang kaki..hahaha boleh x bakal en.hasben?? >_<




Rewards for myself

Alhamdulillah..berkat hasil titik peluh aku bekerja selama 4 bulan, aku dapat beli kete. Ada yang cakap beli kete awal2 buat apa, rugi je. Baik simpan duit beli rumah nanti. Yes! U are right!! Tapi kalo kerja mcm aku yg bukan office hour, mlm2 baru balik aku rasa transport sendiri tu lagi penting. Aku pernah beberapa kali balik keje naik bas,tp rasa sgt2 tak selamat sebb bus stop area rumah aku sgt gelap.  Bila jalan dari bus stop nak ke rumah rasa mcm nak terbang je. So.. scared! Btw, now bila dah ada transport sendiri aku rasa more safe. Balik rumah masuk park  then terus pecut naik umah. Cuma kena hati2 lah time drive. Pasal rumah, insyaAllah ada rezeki nanti bolehla beliiii... =)




Kursus Perkahwinan

Yeay! I’ll getting married soon!haha *poyo je, padahal lambat lagi kotttt.. ^_^
Rasa mcm dah tua bila pergi kursus kawen. Kursus dah pegi tp kawen xtaw bila...haha ?_?
Aku pg kursus kawen masa final year ngan kawan2. Best!! Panel2 yg bg talk pun sume best2. Hopefully apa yg kami belajar time tu dapat digunakan sebaiknya di alam rumah tangga nanti. InsyaAllah... =)








That's all my throwback for 2013, actually bnyk lg tp itu yg the most memorable to me...Walaupun ada ketikanya aku rasa sgt2 sedih atas apa yg berlaku tp syukur Alhamdulillah.... semuanya dapat aku lalui dan harungi dgn hati yg redha.. InsyaAllah...
Terima kasih Ya Allah..! 

good bye 2013, welcome 2014!




05 May 2013

~ Selamat Mengundi! =) ~


Alhamdulillah…
syukur kepadaNYA kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di bumiNYA ini. Semoga peluang yang ada dapat digunakan sebaik mungkin untuk lebih dekat kepadaNYA.. InsyaALLAH… :)
Selamat mengundi untuk semua warganegara Malaysia yang layak mengundi. Semoga pilihan anda semua adalah pilihan yang terbaik.  

Sedikit perkongsian ilmu yang dibaca dari buku
 “ 100 Pesanan Terakhir RASULULLAH.”
Tatkala nyawa dihujung usia
Tatkala umat yang akan ditinggalkan
Tidak tahu bagaimanakah nasibnya
Tergenang air jernih di kelopak mata
Apakah akan terjadi andainya tidak saling berpesan
buat umat yang terkemudian….

“ Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu ikutan yang baik.”
(Surah al- Ahzab ayat 21)  

Ikutan yang baik bukan sahaja termasuk dari segi akhlak tetapi juga ciri-ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w. Umat Islam diingatkan agar memilih pemimpin yang amanah, beriman dan memiliki sifat luhur seperti bijaksana, tegas, berani serta lebih mengutamakan kepentingan umat Islam lebih daripada yang lain.



NotaHatiKu : Semoga kemenangan berpihak kepada pihak yang benar-benar mampu memimpin dengan baik dan mengikut ciri-ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w… InsyaAllah. =)

28 April 2013

~ Perpisahan kerana ALLAH S.W.T ~



Ya Allah...
hampir sebulan beliau telah meninggalkan dunia yang sementara ini tetapi diri ini merasakan baru sahaja semalam berbual, berbicara, bergurau senda dan bermanja-manja dengan beliau. Subhanallah....
Sebuah perpisahan yang amat sukar untuk diterima oleh aku mahupun siapa sahaja di muka bumi Allah ini iaitu di mana insan yang amat disayangi dan dicintai pergi menghadap Penciptanya (Allah S.W.T)…
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un…
 “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al Mulk: 2)
Tiada kata-kata yang mampu diungkapakan lagi…hanya Allah saja yang tahu perasaan ini. SEDIH memang tak terucap, tapi aku sebagai anak sulung sgt2 bersyukur kerana dikurniakan adik2 yang sangat tabah dan sabar dengan dugaan ini.
Mereka tidak sedikit pun menyalahkan takdir malah redha menerima dan yakin dengan ketentuanNYA. Tidak dapat aku gambarkan seandainya waktu itu, mereka semua lemah dan tidak dapat menerima ketentuan ini, mungkin aku juga tidak kuat untuk menghadapi saat itu. Sebab apa yang aku rasakan kekuatan yang Allah kurniakan pada aku pada saat itu adalah juga kekuatan yang ada pada adik-adik aku. Apabila melihat ketabahan mereka semua, diri ini juga menjadi lebih tabah dan kuat untuk menerima takdir ini… Kadang-kadang bila aku menangis adik2 aku akan datang padaku, peluk dan cakap “ kak…janganlah nangis, kan dah janji tak nak nangis depan ummi,” kata-kata itu membuatkan aku lebih kuat dan tabah.
Subhanallah… terima kasih YA ALLAH… :’)
Ada di antara ahli keluarga,saudara-mara, jiran-tetangga dan sahabat handai arwah menangis dan sedih dengan pemergian ini, namun adik-adik yang ku sayangi masih cuba untuk tersenyum dan menenangkan mereka. Ungkapan “ALLAH lebih sayangkan ummi” sudah kalis di bibir kami adik-beradik dan keluarga. Kalau boleh kami tidak mahu arwah melihat kami bersedih atas ketentuan ini.
Alhamdulillah… kami adik beradik berpeluang memandikan dan mengkafankan arwah sebagai penghormatan terakhir kami sebagai anak. Ramai yang berpesan jangan menangis atau menitis air mata ketika memandikan atau mengkafankan
Dan..
Alhamdulillah… Allah terus memberi kekuatan kepada kami adik-beradik, tiada setitis air mata pun mengalir di pipi kami pada saat itu sehinggalah arwah dikebumikan. Semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… terima kasih YA ALLAH untuk kesekian kalinya …
30/03/2013 sebuah tarikh yang tidak pernah dan tidak akan ku lupakan…
Tepat jam 0050 arwah ummi tercinta menghembuskan nafas terakhir beliau di samping kami adik-beradik dan kaum keluarga.
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un…
Al- Fatihah…
“Ya Allah, rahmatilah roh ibuku dan tempatkan lah ibuku dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.”
Amin………

Teringat msg yg diterima dari adik ku,Aisyha Afieza Ahmad:
“ Bersama kesusahan ada kemudahan:
 sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan(as-sharh: 5-6),
 Ingatlah Allah lagi dekat dari urat di leher… J
Hati yang mengingati Allah akan tenang… jangan lupa zikir dan istighfar selalu… semoga kita berpimpinan tangan ke syurgaNYA. Amen… J .”
Amin… :)

Terbaca juga kata-katanya yang jauh di perantauan:
“Umi,pergimu mmbawa sejuta rahmat pada mereka dsekelilingmu,
mmbuka mata mereka semua,ku tahu kamu telah berjuang hgga akhirnya,
insyaAllah keredhaan Allah milikmu. 
Jangan risau, Allah adlh sebaik2 penjaga spt mana 
kami titipkan umi pd penjagaan Allah semata.
 Ungkapan cinta kerna Allah kita ucapkan
 insyaAllah inilah manifestasi cinta kita,
berpisah smntara utk pertemuan yg abadi. 
Kami syg kamu,KERNA ALLAH.
 Namun hakikat syg kami tidak sehebat sygNYa..
berbahagialah dgn pertemuan dgnNya ini..:):) 
*chaiyook2!!She taught me how to be strong. 
She is my mum forever. luv u n gonna miss u,meet u in dua..
this is not gudbye, it’s just a promise to meet again in Jannah.biiznillah...
i will smile coz u also smiling till end*.”

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan seorang insan 
yang bergelar ummi kepada kami. 
Walaupun kurniaan itu hanya buat sementara waktu tapi 
kami sangat-sangat bersyukur 
kerana memilikinya dan mempunyainya sebagai ibu kami...  
semoga bertemu kembali disyurgaNYA...insyaALLAH..
amin...

 “Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali”.

WE LOVE YOU UMMI FOREVER AND EVER!!! 


Subhanallah aku mencintainya...
Subhanallah aku menyayanginya...
dari ufuk timur hingga ke barat...
Selalu di hatiku... :')

Jika PERTEMUAN itu kerana ALLAH,
Jika KASIH SAYANG itu kerana ALLAH,
Maka PERPISAHAN itu juga kerana ALLAH... 





NotaHatiKu :  Ya Allah, jadikanlah aku dan adik-adikku anak-anak yg soleh serta solehah dan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat... amin...
semoga Allah terus memberikan kekuatan dan ketabahan hati kepada kami sekeluarga... insyaAllah... amin 





31 December 2012

~ Happy New Year 2013! ~

Salam 31 Disember 2012 buat semua!
Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012. Lagi beberapa jam kita akan meninggalkan 2012. Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah aku lalui sepanjang tahun ini. Pelbagai dugaan, cabaran, suka dan duka telah aku harungi. Terima kasih Ya Allah kerana KAU tetap berada di sampingku dan sentiasa memberikan aku kekuatan dan ketabahan hati untuk mengharungi dan mnghadapi segalanya. Walaupun x semua hari yang ku lalui itu penuh dengan kenangan manis namun tidak bermakna hari2 yang penuh dengan kenangan pahit,penuh dgn kesedihan dan kedukaan itu tidak bererti bagiku. Kadang-kadang perkara yang menyakitkan dan penuh kesedihan itu yang banyak mengajar kita erti kesabaran dan kekuatan. Kesedihan,kedukaan, kepahitan dan kesakitan itu adalah satu dugaan dariNya. Dan perkara yang paling bermakna ialah apabila kita dapat menghadapi dan mengharungi segala dugaan2 tersebut dengan penuh keredhaan dan ketabahan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… terima kasih Ya Allah kerana Engkau aku dapat mengharungi segalanya. Terima kasih tak terhingga juga buat ummi & abah yang selalu mendoakan yang terbaik untukku dan sentiasa memberi sokongan kepada aku dalam meniti kehidupan ini. Tidak lupa jugak buat adik-beradik yang aku sayangi *korang da best!! *, family n teman-teman yang amat ku sayangi. Tanpa anda-anda semua hidupku mungkin tidak sempurna. =) terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan mereka semua kepada aku. =)
 Waktu terus berlalu,
Lembaran demi lembaran telah aku lalui,
Coretan demi coretan telah aku penuhi,
Kadang-kadang tidak bererti,
Kadang-kadang tidak bermakna atau hanya memberi sedikit makna,
Tidak semuanya manis dan penuh kegembiraan,
Itulah lumrah kehidupan…
Hidup tidak sempurna tanpa suka dan duka,
SUKA mengajar kita erti kebahagiaan,
DUKA mengajar kita tentang kepahitan dan kepayahan dalam hidup,
Sesungguhnya…
Kepahitan dan kepayahan itu mengajar kita erti KEMATANGAN,
Maka…..
Selamilah ia dengan penuh ketabahan,
Kerana ianya memberi kekuatan dalam diri…
Jadikan kepahitan itu sebagai pedoman bagi menempuh hari esok yang bakal tiba.. =)


SELAMAT TAHUN BARU 2013!


Selamat tinggal KENANGAN…
Selamat datang HARAPAN…

 semoga tahun baru 2013 lebih bermakna buat kita semua.. InsyaAllah... =)



NoTaHaTiKu : I don’t know who I will be, and I don’t know where I will be, but I know that ALLAH will choose and give what’s good for me…“Manusia merancang dengan cita-cita..tapi Allah merancang dengan cintaNYA..” ^_^

11 October 2012

~ Ujian itu Tanda Allah Sayang =) ~


Ujian itu adalah tanda simpati daripada ALLAH,jadi tak perlu minta simpati daripada manusia yang hanya sementara berbanding dengan PENCIPTAmu... Ujian itu tanda ALLAH sayangkan hamba-hambanya.. 

Sama-samalah kita hayati kisah kebesaran kasih sayangNYA pada hamba-hambaNYA.
Abu Hurairah r.a katanya Nabi Muhammad bersabda “ALLAH taala berfirman: Aku (tidak akan mematikan hambaku di dunia atau) mengeluarkan hambaku dari dunia ini sebelum terlebih dahulu AKU mengampuni atau mengurangi kejelekan amalnya dengan penyakit dalam tubuhnya atau menyempitkan rezekinya atau dengan musibah yang penuh dengan kegelisahan. Kalau kejelekannya masih ada lagi pada dirinya,maka AKU beratkan di waktu ketika hendak matinya hingga dia berjumpa AKU dengan tiada lagi kejelekan. Demi kemuliaan dan keagunganKU,AKU tidak akan mengampuninya melainkan AKU menepati seluruh kebajikan yang dikerjakan diwaktu sihat badannya dan dia merasa gembira dari apa yang diterimanya dan lapang rezekinya”.


NotaHatiKu: Aku bersyukur dan redha di atas apa yang berlaku.. kerana aku tahu Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.. Ya Allah berikanlah kekuatan iman dan ketabahan hati kepada hambaMU ini untuk terus mengharungi hari-hari mendatang... Terima Kasih Ya Allah atas segalanya.. dan aku yakin setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.. InsyaALLAH~~ (n_n)

27 July 2012

~ :: 7 Ramadhan :: Sabarlah Wahai Sayang ~


Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan Maha Penyayang

Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi dirimu
Linangan airmatamu
Hanya Tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka di akhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari

Niatku suci murni... 




NoTaHaTiKu : Khas Buatmu... Please be strong! 

12 April 2012

~ Only because of Allah... ~

Assalamualaikum…
♥Only because of ALLAH….♥
♥Only because of ALLAH .......We are free. ♥
♥Only because of ALLAH .......We are safe. ♥
♥Only because of ALLAH .......We are strong. ♥
♥Only because of ALLAH .......We are whole and perfect. ♥
♥Only because of ALLAH .......We are completely fulfilled. ♥
♥Only because of ALLAH .......We are alive. ♥
 
♥Without ALLAH...We are Nothing!!! ♥

 NoTaHaTiKu : Allah is enough for me…. =)

05 April 2012

~ Hanya Tuhan Yang Tahu ~


Assalamualaikum…

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?
Siapa yang dapat menyelami hati dan perasaan seseorang?
 Bila kita melihat seseorang tersenyum
apakah dia benar-benar bahagia dan gembira?
Bila seseorang menangis
adakah itu bererti dia sedang bersedih?
 adakah kenyataannya seperti yang kita lihat???
#
#
#
#
 
Kenyataannya…
Hanya Allah yang tahu isi hati dan perasaan seseorang itu…




Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan semua
akan kembali kepada Engkau,
maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar di dalam hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu 
Amin Allahumma Amin...


NoTaHaTiKu: Terima Kasih Ya Allah kerana memberi aku kekuatan untuk menghadapi hari ini…
Today I can hear his voice… even it just a few minutes but it really meaningfull for me…  

07 March 2012

~ Saat Kesedihan Datang ~


Assalamualaikum…

                                                                   
Tiada satu kekuatan pun
Yang dapat menolongmu…
Selain hanya Allah S.W.T… 






NoTaHaTi : Jangan pernah jauh dariNya….


16 October 2011

~ Imagination vs. Reality ~

Assalamualaikum…



NoTaHaTiKu : i'm trying to make my imaginasi become reality… =)

01 April 2011

~ coming soon ~

Jumaat (01/04/11)
hari ini adalah hari terakhir aku ada kuliah untuk sem nie...
so.................
apa makna nya??
maknanya..........................
maknanya.........
maknanyaaaa...............
oh noooo.........

FINAL EXAM will COMING SOON!!!!


waaaaa.............. =((((
takut......
tak mo exam boley x??
bestnya idup kalo xder exam kan??hehe
hmmm...next week da start study week...
tapi aku da start exam week... sobs3~
next week ktorg exam praktikal klinik....
siyes takut giler...
mintak2 aku dapat spervisor yg okey...
amin.........................

nampaknya pasnie kena tidow ngan
buku la ek.... =)))

good luck ya untuk semua yg akan ambil exam nanti!!!
''Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dan sahabat2 ku, semoga kami semua dapat menjawab peperiksaan dengan penuh ketenangan dan keyakinan''
amin....



p/s: good luck to all!!! "DO THE BEST TO GET THE BEST!"

 


02 March 2011

~ tanda-tanda kematian~

100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahad Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah