Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

22 January 2014

~ Throwback 2013 ~

Assalamualaikum....

Selamat tahun baru buat semua!! *baru la sgt..huhu
walaupun dah terlewat aku nk jgk wish happy 2014 to everyone! =)
Dah lama tak tulis entry panjang-panjang, so today is the time to write a longlonglong story of 2013..before this tak de masa tuk throwback 2013, skg baru ada masa nk b’throwback...haha 

Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang 2013, ada yg pahit, manis, masam & masin... *amek ko semua taste ada* btw, itulah lumrah kehidupan. Apa yg penting kita kena sabar dan redha atas apa yang berlaku. =)

Throwback  my 2013:

Loss of my beloved mum

The most memorable was the loss of our beloved mum. =( Tidak kusangka arwah ummi pergi secepat itu. Tapi kami redha dengan pemergiaannya. Dan tahun ini jugak first time kami beraya tanpa ummi. Sedih hanya Allah je tahu. Semoga ummi tenang di sana. InsyaAllah...


we all miss u ummi!! :'(
semoga ummi tenang di sana...amennn...


I’m warded

First time demam teruk smpai masuk wad kt hospital sungai buloh. At that time i 
was suspected suffered from hemorrhagic dengue fever. Dua2 tangan kena cucuk. Perit sgt! Rasa mcm xnak dah sakit pasni. Inilah first time sakit teruk and without my mum besides me...sob3 :’(




setiap 6 jam dr. akan ambik darah... :'(
cuba untuk senyum walaupun dlm hati sedihh... =)


I’m graduated!

Alhamdulillah... at year of 2013 i’m officially graduated as an optometrist. Happy sangat2 sebab dah lama tunggu saat itu. Tapi sedih sgt2 sebab my mum xsempat tengok. Hopefully, arwah gembira dan bahagia di sana dengan kejayaan ini. Harap2 pasni ada rezeki tuk sambung blajar lg. InsyaAllah... =)




I’m working

Alhamdullilah...before habis belajar lagi dah dapat tawaran kerja. So, after habis final exam, aku terus start keje. Excited sgt nk keje sampai tak sempat merehatkan diri. Bila dah kerja barulah rasa dan tahu apa itu “alam pekerjaan” ...huhu *tetiba rasa nk kawen cepat2 then duk rumah goyang kaki..hahaha boleh x bakal en.hasben?? >_<




Rewards for myself

Alhamdulillah..berkat hasil titik peluh aku bekerja selama 4 bulan, aku dapat beli kete. Ada yang cakap beli kete awal2 buat apa, rugi je. Baik simpan duit beli rumah nanti. Yes! U are right!! Tapi kalo kerja mcm aku yg bukan office hour, mlm2 baru balik aku rasa transport sendiri tu lagi penting. Aku pernah beberapa kali balik keje naik bas,tp rasa sgt2 tak selamat sebb bus stop area rumah aku sgt gelap.  Bila jalan dari bus stop nak ke rumah rasa mcm nak terbang je. So.. scared! Btw, now bila dah ada transport sendiri aku rasa more safe. Balik rumah masuk park  then terus pecut naik umah. Cuma kena hati2 lah time drive. Pasal rumah, insyaAllah ada rezeki nanti bolehla beliiii... =)




Kursus Perkahwinan

Yeay! I’ll getting married soon!haha *poyo je, padahal lambat lagi kotttt.. ^_^
Rasa mcm dah tua bila pergi kursus kawen. Kursus dah pegi tp kawen xtaw bila...haha ?_?
Aku pg kursus kawen masa final year ngan kawan2. Best!! Panel2 yg bg talk pun sume best2. Hopefully apa yg kami belajar time tu dapat digunakan sebaiknya di alam rumah tangga nanti. InsyaAllah... =)








That's all my throwback for 2013, actually bnyk lg tp itu yg the most memorable to me...Walaupun ada ketikanya aku rasa sgt2 sedih atas apa yg berlaku tp syukur Alhamdulillah.... semuanya dapat aku lalui dan harungi dgn hati yg redha.. InsyaAllah...
Terima kasih Ya Allah..! 

good bye 2013, welcome 2014!




17 November 2013

~ My C-Day :) ~


Salam hujung minggu buat semua... Alhamdulillah... syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNYA aku telah selamat bergraduasi pada dua puluh lapan haribulan sepuluh tahun Masihi dua ribu tiga belas (28/10/2013-isnin). Hari yang dinanti-nanti akhirnya tiba jugak... Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah atas kurnianmu ini. Now i’m officially graduated! J

Alhamdulillah... :)


Setelah pelbagai suka duka dilalui sepanjang 4 tahun belajar di UKM finally i got it! Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat. Terlalu cepat masa berlalu. Bila ingat balik waktu belajar yg penuh dugaan dan cabaran aku mcm xpercaya aku dapat harungi semua tu. Terutamanya di semester akhir, aku kehilangan insan yang paling kucintai dan kusayangi iaitu ibuku. Pada saat itu hanya beberapa bulan je lagi aku nak abes belajar, tapi Allah lebih menyayanginya. Ummi pergi terlebih dahulu sebelum aku sempat menamatkan pengajian aku di peringkat Ijazah.

Teringat arwah ummi selalu cakap “bilalah kak nak konvo, ummi tak sabar nak tengok,”. Masa tu aku asyik terfikir mampukah aku untuk meneruskan pengajian tanpa ummi. Ummi yang selalu bg aku kata-kata semangat pada saat aku kecewa dan sedih terutamanya waktu exam. Namun berbekalkan kata-kata semangat dari keluarga, pensyarah2 dan rakan2 aku kuatkan semangat dan tabahkan hati untuk memenuhi impian arwah ummi utk lihat aku berjaya. Walaupun ummi xsempat tengok aku konvo tp aku yakin ummi pasti gembira atas kejayaan ini. Semoga ummi tenang dan bahagia di sana. Amen...

ummi.. this is for u! :)
terima kasih atas segala pengorbananmu...
I LOVE U!!! =)


with my lovely fren, nur sakinah... :)
thanks my dear for being a good friend for me!
lebiu!!! ^_^

before enter the hall =)
...zue, has, me & kin...

...my lovely dad.. :)


...my family...
thanks so much for coming! =)


terima kasih kpd yg tersayang2 yg memberi hadiah... ^_^



Terima kasih Ya Allah kerana tanpaMU mana mungkin aku kuat untuk menghadapi segala ujian dan dugaan dariMU. Syukur padaMU Ya Allah.. Alhamdulillah...








Teringat kata-kata supervisor thesis aku Dr. Bashirah Ishak, “ saya nak kita sama-sama konvo tahun ni,”. Alhamdulillah kami sama-sama dapat konvo pada tahun ini. Terima kasih dr. Sebab menjadi supervisor yang baik untuk kami dan Tahniah untuk Dr. Bashirah kerana telah mendapat PhD. 

kin, Dr. Bashirah & me..
letak pic time dinner final yer...
sbb xsmpat snap gmbr ngan dr. time konvo... :(
btw, tahniah dr. !! 

=)

yey!! we are officially as a graduated optometrist... =)





NoTaHaTiKu: Aku berharap sgt yg ummi akan berada di sisi aku pada saat itu, namun Tuhan lebih menyayanginya... ummi...i really miss u!!! ;(
Semoga ummi bahagia di sana.. amen...



28 April 2013

~ Perpisahan kerana ALLAH S.W.T ~



Ya Allah...
hampir sebulan beliau telah meninggalkan dunia yang sementara ini tetapi diri ini merasakan baru sahaja semalam berbual, berbicara, bergurau senda dan bermanja-manja dengan beliau. Subhanallah....
Sebuah perpisahan yang amat sukar untuk diterima oleh aku mahupun siapa sahaja di muka bumi Allah ini iaitu di mana insan yang amat disayangi dan dicintai pergi menghadap Penciptanya (Allah S.W.T)…
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un…
 “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al Mulk: 2)
Tiada kata-kata yang mampu diungkapakan lagi…hanya Allah saja yang tahu perasaan ini. SEDIH memang tak terucap, tapi aku sebagai anak sulung sgt2 bersyukur kerana dikurniakan adik2 yang sangat tabah dan sabar dengan dugaan ini.
Mereka tidak sedikit pun menyalahkan takdir malah redha menerima dan yakin dengan ketentuanNYA. Tidak dapat aku gambarkan seandainya waktu itu, mereka semua lemah dan tidak dapat menerima ketentuan ini, mungkin aku juga tidak kuat untuk menghadapi saat itu. Sebab apa yang aku rasakan kekuatan yang Allah kurniakan pada aku pada saat itu adalah juga kekuatan yang ada pada adik-adik aku. Apabila melihat ketabahan mereka semua, diri ini juga menjadi lebih tabah dan kuat untuk menerima takdir ini… Kadang-kadang bila aku menangis adik2 aku akan datang padaku, peluk dan cakap “ kak…janganlah nangis, kan dah janji tak nak nangis depan ummi,” kata-kata itu membuatkan aku lebih kuat dan tabah.
Subhanallah… terima kasih YA ALLAH… :’)
Ada di antara ahli keluarga,saudara-mara, jiran-tetangga dan sahabat handai arwah menangis dan sedih dengan pemergian ini, namun adik-adik yang ku sayangi masih cuba untuk tersenyum dan menenangkan mereka. Ungkapan “ALLAH lebih sayangkan ummi” sudah kalis di bibir kami adik-beradik dan keluarga. Kalau boleh kami tidak mahu arwah melihat kami bersedih atas ketentuan ini.
Alhamdulillah… kami adik beradik berpeluang memandikan dan mengkafankan arwah sebagai penghormatan terakhir kami sebagai anak. Ramai yang berpesan jangan menangis atau menitis air mata ketika memandikan atau mengkafankan
Dan..
Alhamdulillah… Allah terus memberi kekuatan kepada kami adik-beradik, tiada setitis air mata pun mengalir di pipi kami pada saat itu sehinggalah arwah dikebumikan. Semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… terima kasih YA ALLAH untuk kesekian kalinya …
30/03/2013 sebuah tarikh yang tidak pernah dan tidak akan ku lupakan…
Tepat jam 0050 arwah ummi tercinta menghembuskan nafas terakhir beliau di samping kami adik-beradik dan kaum keluarga.
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un…
Al- Fatihah…
“Ya Allah, rahmatilah roh ibuku dan tempatkan lah ibuku dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.”
Amin………

Teringat msg yg diterima dari adik ku,Aisyha Afieza Ahmad:
“ Bersama kesusahan ada kemudahan:
 sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan(as-sharh: 5-6),
 Ingatlah Allah lagi dekat dari urat di leher… J
Hati yang mengingati Allah akan tenang… jangan lupa zikir dan istighfar selalu… semoga kita berpimpinan tangan ke syurgaNYA. Amen… J .”
Amin… :)

Terbaca juga kata-katanya yang jauh di perantauan:
“Umi,pergimu mmbawa sejuta rahmat pada mereka dsekelilingmu,
mmbuka mata mereka semua,ku tahu kamu telah berjuang hgga akhirnya,
insyaAllah keredhaan Allah milikmu. 
Jangan risau, Allah adlh sebaik2 penjaga spt mana 
kami titipkan umi pd penjagaan Allah semata.
 Ungkapan cinta kerna Allah kita ucapkan
 insyaAllah inilah manifestasi cinta kita,
berpisah smntara utk pertemuan yg abadi. 
Kami syg kamu,KERNA ALLAH.
 Namun hakikat syg kami tidak sehebat sygNYa..
berbahagialah dgn pertemuan dgnNya ini..:):) 
*chaiyook2!!She taught me how to be strong. 
She is my mum forever. luv u n gonna miss u,meet u in dua..
this is not gudbye, it’s just a promise to meet again in Jannah.biiznillah...
i will smile coz u also smiling till end*.”

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan seorang insan 
yang bergelar ummi kepada kami. 
Walaupun kurniaan itu hanya buat sementara waktu tapi 
kami sangat-sangat bersyukur 
kerana memilikinya dan mempunyainya sebagai ibu kami...  
semoga bertemu kembali disyurgaNYA...insyaALLAH..
amin...

 “Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali”.

WE LOVE YOU UMMI FOREVER AND EVER!!! 


Subhanallah aku mencintainya...
Subhanallah aku menyayanginya...
dari ufuk timur hingga ke barat...
Selalu di hatiku... :')

Jika PERTEMUAN itu kerana ALLAH,
Jika KASIH SAYANG itu kerana ALLAH,
Maka PERPISAHAN itu juga kerana ALLAH... 





NotaHatiKu :  Ya Allah, jadikanlah aku dan adik-adikku anak-anak yg soleh serta solehah dan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat... amin...
semoga Allah terus memberikan kekuatan dan ketabahan hati kepada kami sekeluarga... insyaAllah... amin 





01 January 2013

~ Perjuangan Tahun Baru bermula! :) ~

Salam tahun baru buat semua.
Selasa, 01/01/2013. Hari permulaaan tahun baru..
Alhamdulillah…syukur kepadaNYA kerana masih diberi peluang untuk bertemu 2013, peluang untuk meneruskan kehidupan di bumi ini, peluang untuk terus mengabdikan diri kepadaNYA, peluang untuk terus berjuang dalam kehidupan, dan banyak lagi peluang-peluang  lain yang tidak mampu untuk dinyatakan. Terima kasih Ya Allah atas segala yang kau berikan kepada hambaMU ini.
Semoga diri ini dapat menggunakan peluang-peluang yang KAU berikan dengan sebaiknya.. InsyaAllah…
Esok 02/01/2013 adalah perjuangan pertama aku pada tahun baru ini iaitu  bermulanya final exam untuk semester ini. Semoga Allah permudahkan perjuangan aku dan sahabat2 semua… InsyaAllah… aminn…..




do the best!! =)






NoTaHaTiKu : Ya Allah bantulah aku dan sahabat-sahabatku dalam menduduki peperiksaan ,berikanlah kami ketenangan hati serta fikiran sepanjang menduduki peperiksaan dan semoga kami semua dapat buat yang terbaik… aminn….. 
semoga berjaya buat semua! InsyaAllah!

31 December 2012

~ Happy New Year 2013! ~

Salam 31 Disember 2012 buat semua!
Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012. Lagi beberapa jam kita akan meninggalkan 2012. Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah aku lalui sepanjang tahun ini. Pelbagai dugaan, cabaran, suka dan duka telah aku harungi. Terima kasih Ya Allah kerana KAU tetap berada di sampingku dan sentiasa memberikan aku kekuatan dan ketabahan hati untuk mengharungi dan mnghadapi segalanya. Walaupun x semua hari yang ku lalui itu penuh dengan kenangan manis namun tidak bermakna hari2 yang penuh dengan kenangan pahit,penuh dgn kesedihan dan kedukaan itu tidak bererti bagiku. Kadang-kadang perkara yang menyakitkan dan penuh kesedihan itu yang banyak mengajar kita erti kesabaran dan kekuatan. Kesedihan,kedukaan, kepahitan dan kesakitan itu adalah satu dugaan dariNya. Dan perkara yang paling bermakna ialah apabila kita dapat menghadapi dan mengharungi segala dugaan2 tersebut dengan penuh keredhaan dan ketabahan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… terima kasih Ya Allah kerana Engkau aku dapat mengharungi segalanya. Terima kasih tak terhingga juga buat ummi & abah yang selalu mendoakan yang terbaik untukku dan sentiasa memberi sokongan kepada aku dalam meniti kehidupan ini. Tidak lupa jugak buat adik-beradik yang aku sayangi *korang da best!! *, family n teman-teman yang amat ku sayangi. Tanpa anda-anda semua hidupku mungkin tidak sempurna. =) terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan mereka semua kepada aku. =)
 Waktu terus berlalu,
Lembaran demi lembaran telah aku lalui,
Coretan demi coretan telah aku penuhi,
Kadang-kadang tidak bererti,
Kadang-kadang tidak bermakna atau hanya memberi sedikit makna,
Tidak semuanya manis dan penuh kegembiraan,
Itulah lumrah kehidupan…
Hidup tidak sempurna tanpa suka dan duka,
SUKA mengajar kita erti kebahagiaan,
DUKA mengajar kita tentang kepahitan dan kepayahan dalam hidup,
Sesungguhnya…
Kepahitan dan kepayahan itu mengajar kita erti KEMATANGAN,
Maka…..
Selamilah ia dengan penuh ketabahan,
Kerana ianya memberi kekuatan dalam diri…
Jadikan kepahitan itu sebagai pedoman bagi menempuh hari esok yang bakal tiba.. =)


SELAMAT TAHUN BARU 2013!


Selamat tinggal KENANGAN…
Selamat datang HARAPAN…

 semoga tahun baru 2013 lebih bermakna buat kita semua.. InsyaAllah... =)



NoTaHaTiKu : I don’t know who I will be, and I don’t know where I will be, but I know that ALLAH will choose and give what’s good for me…“Manusia merancang dengan cita-cita..tapi Allah merancang dengan cintaNYA..” ^_^

~ Family Outing :: Part 2 :: ~


Sambungan part 1

Our next destination is…………………
…………………..




…………….




………




…


…



..




..


ZOO NEGARA… =)
Dah lebih sepuluh tahun aku xkesana,last time pg sana masa time kecik2 dulu. Disebabkan time musim cuti sekolah,so pakcik aku decided nak bwak kitorg pegi Zoo. Walaupun aku bukan budak sekolah tapi aku yang terlebih-lebih excited bila nak ke sana..haha 





telatah si kecil.. =)


















help me!

















pandai kerbau ni tgk kamera...haha 





\








think about it! =) 



lepas penat pusing satu zoo, kitorang bertolak balik. penat xyah cakap la,rasa mcm nak cramp kaki berjalan melawat penghuni2 zoo negara. huhu  before balik nilai ktorang singgah rumah adk prempuan mak aku kat gombak. Selepas mengisi perut n solat maghrib kat sana, ktorang bertolak balik ke nilai. Dalam pkul 11 lebih mcm tu baru smpai rumah. huh!! really tired! n the next day mak aku ajak kluar lagi. The next destination is the last destination before they fly back to hometown. Then the last destination is..............................
..........


...





...




..


..


..

NILAI 3! 




apa lagi shopping time! =) barangan kat sana memang murah dan berpatutan. We're really enjoyed shopping there. Selepas penat bershopping sakan *sakan la sgt* haha ktorang pun balik rumah. Malam tu pulak aku n adik2 aku layan running man sampai tertidur. Next day, after zohor aku bertolak pulang ke kolej n my family fly back to hometown. Sekejap je masa berjalan kan. Terima kasih to Ayah Ngah n family sebab melayan kami semua dgn baik. =)


~ tHe eNd ~



NoTaHaTiKu : Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 buat semua!!! =)