Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

29 May 2012

~ Bagaimana Mendapatkan Keberkatan Ketika Belajar ~


Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 
'salafus soleh' terdahulu.
Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.


TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah,
sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T.
 Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi
dan habisnya pula dalam pukul lima petang.
Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini,
Malaikat akan sentiasa mendoakan kita.
Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran
sebelum bermula waktu study itu.
Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita.
Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur,
walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia.
Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun.
Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya,
apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan,
 cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran.
Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran,
memang tidak pernah tinggal.
Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar,
 kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan?
Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya
tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut,
tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku.
Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan
topik ini sangat susahdan tidak menarik.
Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya
kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu.
Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus,
mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.
Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting!
Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang.
Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T.
Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar.
Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat,
ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak,
aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain.
Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudah apabila belajar selepas selesai solat itu.
Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu.
Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa
belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam
dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan.
Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

Kesimpulannya, selamat beramal.
Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.
Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara.
Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu
untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita,
 Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi.
Kita tidak sehebat mereka.
 Andai itulah pemikiran kita,
percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah
tanpa mendongak langit yang cerah di atas.


by :  iluvislam
NoTaHaTiKu : Selamat Beramal! =) 

27 May 2012

~ 21 Tips Bagi Yang Sukar Bangun Solat Subuh ~

Kepada sesiapa yang sukar untuk bangun solat subuh
bolehlah cuba tips di bawah ini…
InsyaAllah jika tidak semua mungkin sedikit 
sebanyak tips ini akan dapat membantu anda…


1.     Tidur lebih awal
2.     Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur
3.     Tekad untuk bangun solat subuh
4.     Berzikir kepada Allah S.W.T ketika bangun
5.     Minta bantuan keluarga atau orang-orang soleh untuk bangun solat
6.     Berdoa kepada Allah S.W.T agar diberi taufik untuk bangun solat
7.     Mengguna saranan – saranan peringatan
8.     Memercikkan air di wajah orang yang tidur
9.     Tidak tidur sendirian
10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain
11.Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap
12.Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat
13.Menyalankan lampu di saat bangun
14. Tidak berjaga malam terlalu lama
15.Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur
16.Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar
17.Mengerjakan qiamulail di waktu terakhir sebelum subuh
18.Mengikut petunjuk Nabi Muhammad S.A.W dalam cara berbaring saat tidur
19.Tidur di siang hari (Qailulah)
20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib
21.Ikhlas kerana ALLAH S.W.T


NoTaHaTiKu : Selamat Beramal! “Sesungguhnya Allah itu sentiasa membantu hamba-hambanya yang ingin berubah ke arah kebaikan.” InsyaAllah~~ =)

10 April 2012

~ ALLAH uses Broken Things Beautifully ~

Assalamualaikum…
ALLAH uses Broken Things Beautifully...
Broken Cloud pours Rain..!!
Broken Crop Yields Seed..!!
Broken Seed Gives Bread..!!
So in any Hard Situation,
If u feels that your Heart is Broken,
Understand......
That ALLAH S.W.T is planning to
Utilize You for Some Noble Purpose…
Allah never throws you deeper than you can go…
He throws you from such a height where
He knows yes you may fall, gain a few scratches, and open wounds, but…
He also knows how much patience, tolerance and will power you have to stand back up…
Yes we all complain, moan and cry but why do we forget this life is a test?
Allah is making you, not breaking you…
He is by your side and your guiding light.”



NoTaHaTiKu: Allah is always by our side…InsyaAllah…

03 April 2012

~ Kenapa Aku Diuji??? :'( ~


assalamualaikum…
Apabila diuji, kita berkemungkinan akan ditimpa dua situasi;
sama ada tambah bersemangat atau hilang semangat..
Hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang
sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya.
Apabila seorang mukmin itu beroleh kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada Allah.
Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun
memuji Allah dan bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya.
Seseorang mukmin akan tetap diberi
pahala atas setiap amalan yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap makanan yang disuapkan ke dalam mulut isterinya.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)

KENAPA AKU DIUJI???
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:
”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang
dusta
~Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia
amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui…
~ Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya…
~ Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman…
~ Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Hai orang-orang yang beriman,
bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu
dan tetaplah bersiap sedialah (di perbatasan negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
~ Surah Al-Imran ayat 200

Jadikanlah
sabar dan solat sebagai penolongmu.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,
kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,..
~Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min,
diri dan harta mereka dengan memberikan
syurga untuk mereka…
~ Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku;
tidak ada Illahi selain Dia.
Hanya kepada-Nya aku bertawakal
~ Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Dan jangan kamu
berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yang kafir…
~ Surah Yusuf ayat 87



NoTaHaTiKu: Ya Allah berikanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dariMu ini… berikanlah kami kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari yang akan datang… Dekatkanlah diri kami kepadaMu..Jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang menjauhkan diri kami daripadaMu…amin… 

02 February 2012

~ Patung Harimau Disangka Harimau Sebenar ~


Assalamualaikum…


KOTA BHARU: Bukan saja haiwan liar tertipu, manusia juga tertipu. Itu yang berlaku kepada penduduk di Kampung Manjor, Kuala Krai apabila membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas melihat patung harimau yang disangka harimau sebenar.
Insiden melucukan itu berlaku apabila seorang penduduk di kampung berkenaan meletakkan dua patung harimau di kawasan rumah dan kebunnya dengan tujuan menghalau haiwan liar. Dalam kejadian Isnin lalu, sepasukan anggota Perhilitan yang mendapat laporan bergegas ke kampung berkenaan sebelum mendapati dua ekor harimau yang dilaporkan itu sebenarnya patung harimau sepanjang kira-kira 1.3 meter.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Rahmat Topani berkata, kejadian berkenaan berlaku apabila pihaknya menerima laporan kira-kira jam 10 pagi, Isnin lalu daripada seorang penoreh getah yang datang ke pejabat Perhilitan di Kota Bharu memaklumkan ada penduduk di kampung berkenaan membela harimau.
Katanya, seramai 11 anggota Perhilitan dihantar ke kampung berkenaan pada jam 3 petang, hari yang sama dengan membawa beberapa kelengkapan termasuk senjata api, namun tidak menemui jejak harimau seperti dilaporkan.

“Kita melakukan pula siasatan di rumah milik Mohd Azari Said, 39, iaitu orang didakwa memelihara dua ekor harimau itu. Sebaik bertanyakan lelaki terbabit mengenai harimau yang dikatakan oleh penduduk kampung, dia mengaku mempunyai dua ekor harimau, yang mana seekor diletakkan di kebun untuk menghalau kera dan babi hutan manakala seekor lagi dijadikan mainan oleh anaknya.

“Ketika itu, barulah kita tahu yang kelibat harimau yang didakwa dilihat oleh penduduk hanyalah patung harimau yang banyak dijual di kedai,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Menurutnya, kejadian itu amat melucukan kerana sejak seminggu lalu ada penduduk yang melaporkan kepada Perhilitan bahawa Mohd Azari dan anaknya membawa salah seekor harimau itu ‘makan angin’ menggunakan motosikal.

“Lelaki terbabit mendakwa membeli setiap patung harimau itu dengan harga RM70 kerana tertarik dengan saiznya selain dikatakan berkesan bagi menghalau kera dan babi hutan.
“Walaupun tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti mengaum serta langsung tidak bergerak ia berkesan menghalau haiwan liar lain,” katanya.


NoTaHaTiKu : Tergelak-gelak bila baca berita nie…
tipah tertipu.....haha

17 January 2011

~ baruku tahu ~

Ikan batu





Ikan batu yang wujudnya seperti ikan biasa dengan panjang hanya lebih kurang 30 cm , bersembunyi di dasar laut atau di bawah terumbu karang, dirinya menyerupai sebuah batu yang tidak menarik perhatian.

Jika anda berdiri di sisinya, ia akan tetap diam tidak bergerak, sehingga anda tidak melihatnya. Jika tidak hati-hati dan menyentuhnya, maka tidak dimaaf  lagi ia akan segera menyerang balik dan menyemburkan racunnya yang boleh membawa maut.

Sebanyak 12-14 batang duri yang tajam seperti jarum di atas punggungnya itu boleh dengan mudah menembusi kasut anda dan tembus ke telapak kaki, sehingga dengan cepat anda mengalami keracunan, dan terus merasakan sakit yang teruk sehingga anda menemui ajal.


b carefull when see dis!!

Kodok beracun

Kodok beracun sama dengan binatang amfibia lainnya, kulitnya banyak mengandungi kelenjar, dapat mengeluarkan cairan meleket untuk membasahi kulit sekaligus melindungi dirinya. Racun yang dikeluarkannya sangat berbisa, sehingga menjadikannya sebagai salah satu binatang paling berbisa di dunia. Selain manusia, ia tidak punya musuh alam yang lain.

Racun yang dikeluarkan dari kodok beracun di Columbia barat, Amerika Selatan, adalah racun paling hebat yang diketahui pada masa ini di dunia, hanya dengan 1/100.000 dari 1 g racunnya sudah cukup mengakibatkan seseorang mati keracunan.




nampak cantik kan...tp bahaya giler!!
Funnel Webspider




Funnel Webspider adalah labah-labah yang sangat berbisa di Australia. Merupakan labah-labah yang bahaya di dunia, beringas dan suka berkelahi, jika manusia terkena gigitannya, akan menemui ajal dalam jangka masa 15 minit.



Blue Ring Octopus



Blue Ring Octopus dan ubur-ubur berbentuk kotak merupakan dua jenis binatang laut yang paling berbisa. Cairan racun dalam tubuhnya dapat menyebabkan kematian dalam beberapa minit.

Hingga pada masa ini, secara perubatan belum ada cara menawar racunnya, Blue Ring Octopus sifatnya pemalu, suka bersembunyi di bawah batuan, malam hari baru keluar dari sarangnya dan mencari mangsa.






Kadal raksasa komodo

Kadal raksasa komodo atau disebut juga naga komodo, panjang badannya boleh mencapai 3 meter. Namun umumnya hanya sekitar 2 meter, dalam keadaan perut kosong beratnya bisa mencapai 54 kg. Setelah makan beratnya boleh mencapai 80 kg.

Racunnya terutama berasal dari bakteria di ludahnya, seorang manusia dewasa akan menemui ajalnya dalam masa 24 jam jika digigit olehnya.




Red Black Spider

Red Black Spider juga merupakan salah satu labah-labah yang paling berbisa, disebut juga janda hitam. Jika digigit olehnya, pada permulaan seperti tidak merasakannya, namun 5 minit kemudian luka akibat gigitannya itu baru mulai terasa panas dan sakit, jika tidak segera dirawat mungkin akan membawa kesan buruk.



Raja ular cobra

Ular kobra yang khusus menjadikan ular juga mangsanya sehingga membuat sejumlah besar spesies ular lainnya ketakutan, kawasan kekuasaannya tidak boleh diduduki ular lain.

Jika sang cobra terkejut, ia akan menjadi ganas, bahagian depan badannya akan berdiri tegak, lidah yang panjang halus dan bercabang, kepalanya berayun dengan lincah mengikuti gerak gerik mangsanya, dan jangan harap mangsanya boleh dengan mudah melepaskan diri darinya.


Ular laut Australia

Ular laut yang hidup di samudera Australia berada di senarai kedua dalam deretan ular paling berbisa. Ular laut ini ditumbuhi dengan muncung yang besar, batang tubuhnya seperti tabung bundar, panjang, hujung belakang dan sisi ekornya pipih.

Sifat racunnya bahkan lebih ganas dari kobra, jika terkena gigitannya, akan menemu ajal dalam masa 10 minit. Ular laut ini hidup di sebuah daerah perairan yang sama dengan ubur-ubur kotak.



Box jelly Fish

Disebut juga tawon laut, tergolong binatang rongga (coelenterata), hidup di daerah perairan laut dalam pantai timur laut, Australia.

Ia kerap muncul di daerah perairan laut pinggir pantai laut Queensland, dan dianggap sebagai makhluk yang paling beracun bagi manusia yang sudah diketahui di dunia pada masa ini.

Jika digigit akan menemui maut dalam beberapa saat.



PS : Jangan melihat bentuk luarnya sahaja, sedangkan makhluk ini adalah makhluk paling beracun sedunia....