Showing posts with label ramadhan 2011. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2011. Show all posts

29 August 2011

~ ::29 RAMADHAN::Salam Merdeka Raya! ~

assalamualaikum…
Alhamdulillah hari ni dah 29 Ramadhan… Esok raya yey!! =)
Dah lama xdpt on9 hari nie baru dapat on9…
So dikesempatan ini aku ingin ucapkan..
SALAM MERDEKA
&
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
terutama
buat keluarga tercinta,especially to my sis yg berada nun jauh di bumi india…jgn sedey2 next year balik raya m’sia keh…
buat sahabat2  SKL(1997-2002),SMKDAM(2003-2005),MRSM KOPU(2006-2007), KMPK (2008) & sahabat2 UKMKL (2009 until now) esp. my lovely coursemates…
and lastly buat semua yg mengenali diri ini…
Jika kesilapan semalam belum terampun
MAAFKANLAH…
Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati
LUPAKANLAH…
Jika kesilapan esok mendatang
janganlah dibawa ke
AKHIRAT…
Inginku menyusun sepuluh jari
 mohon ampun dan maaf… =)




UcapanIkhlasKu:  Salam Syawal buat semua… =)

19 August 2011

~ ::19 RAMADHAN:: Muhasabah Diri ~

assalamualaikum…

Salam Jumaat buat
semua sahabat-sahabatku…
Hari nie dah masuk 19 hari kita berpuasa kan…
Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi sebelum
Ramadhan meninggalkan kita..
Rasa sedihla pulak… L
Semoga kita semua
diberikan peluang untuk
merasai Ramadhan- Ramadhan seterusnya…
InsyaAllah… J

Sempena hari Jumaat yg mulia ini…
Jom kita luangkan sedikit
masa untuk muhasabah diri kita…





NotaHatiKu: Ya Allah panjangkanlah umur kami semua & berikanlah kami peluang bertemu Ramadhan seterusnya…amin….
Salam 19 Ramadhan! =)

18 August 2011

~ ::18 RAMADHAN:: Tuhan ~



assalamualaikum…

Tuhanku dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Ku angkat tanganku
Ku lafazkan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

Tuhan lihatlah aku
Ku berserah kepadaMu
Ku letakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
Tuk nanti tiba akhiratku

Berapa nikmat yang telah Kau beri
Berapa yang telah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
aku malu aku malu…










PesananIkhlas: Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun...
Salam 18 Ramadhan! J

15 August 2011

~ ::15 RAMADHAN:: Aku Suka Kanak-kanak Sebab??? ~


assalamualaikum…

Kanak2 digelarkan budak atau anak tecik *Kecik*…
Mereka ialah manusia yg muda iaitu s’orang yg masih belum mencapai baligh… =)
Dari kanak2 smpai la skg aku t’sangatlah suka pada kanak2…
Bukan setakat aku jer malah semua adik beradik aku camtu…
Dulu masa kecik2,masa kami zaman kanak2… kalau ada jer mak cik –mak cik yg dtg umah bawak baby or anak kecik aku n adik2 aku yg len mesti berebut-rebut nak pegang budak tue…
kekadang tue smpai gegaduh lagi…haha
Itu dulu, tapi skang nie bila da beso2 kami siap b’perang lagi tau….hehe tipu jer okeh! =)
dah beso2 xkan nak gado2 lg…wat malu jer lah!huhu
Aku sgt pantang tengok budak tecik esp. babies… Nak2 lg kalo babies tu comel2.. wah!boleh cair aku tau x…haha
Aku tak suka kanak2 sebab:
1.    Mereka COMEL-COMEL!! =)
2.    Mereka TAK PANDAI MENIPU  a.k.a JUJUR! kalo tanya pape kat mereka, mereka mesti jawab ngan jujur.. =)
3.    Mereka SENANG NAK DI AJAR!kalo ajar2 apa2 kat mereka,mesti mereka akan mudah ingat apa yg kita ajar tu.. =)
4.    Mereka MANJA!manja kat sini bukan b’maksud suka menangis or merengek okeh! Aku sgt tak suka kalo kanak2 tu suka menangis or merengek…kalo ada budak2 camtu rasa mcm nak lari jauh2 jer..haha *kejam!!*
5.    Mereka TAK ADA DOSA! Best kan jadi kanak2… =) *kalaulah boleh putar balik masa kan best J*
6.    I LOVE CHILDREN!! =)
Kat bawah nie antara koleksi gambar2 Si Comel yg aku ada…















Bersama Si Comel~ J















~THE END~ 




PesananIkhlas: Sayangilah kanak-kanak… =)
Salam 15 Ramadhan! J

14 August 2011

~ ::14 RAMADHAN:: Sifat Yang Membinasakan Orang Bakhil ~

assalamualaikum…
SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yg bakhil itu tidak akan terlepas daripada  salah satu drpd 4 sifat yg membinasakan iaitu:
1)   Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu d’belanjakan bukan pada tempatnya atau
2)   Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yg zalim atau
3)   Hartanya menjadi rebutan orang2 jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan atau
4)   Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.



PesananIkhlas : Semoga kita tidak tergolong dalam golongan org2 yg bakhil aka KEDEKUT,amin…..

Salam 14 Ramadhan! Selamat Beramal! J

12 August 2011

~ ::12 RAMADHAN:: Selamat Hari Lahir! ~

assalamualaikum….

Salam 12 Ramadhan! =)

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran seorang insan yang amat ku sayangi iaitu insan yg ku gelar ‘UMMIE’…

Selamat Hari Lahir
Ummie…
Semoga panjang umur…
Semoga dimurahkan rezeki,..
& 
Semoga dirahmati Allah S.W.T  selalu…. =)
I Love You
Soooooooo………….
Much!!!! J




PesananIkhlas: Kak sentiasa mendoakan kebahagiaan ummie di dunia & akhirat… Kak syg ummie sgt2!tima kasih ummie coz lahirkan kak kat dunia nie… syg ummie!!! You are the best Mom!!!
SUPER DUPER HAPPY BIRTHDAY FOR U!!!




11 August 2011

~ ::11 RAMADHAN:: RM50 Vs RM1 ~


Alhamdulillah…
hari ini dah masuk 11 hari kita menunaikan ibadah puasa.
Salam 11 Ramadhan semua! =)
Pernah dengar kisah duit RM50 ngan RM1 tak??
kalo xpernah dgr meh cnie aku mau citer… =)
kalo yg dah pernah dgr or pernah baca abaikan yep… J
Vs

Kisah ini berlaku di dalam sebuah bank ternama, duit seringgit telah bertemu duit lima puluh ringgit. Kemudian mereka pun berbicara antara satu sama lain.  Duit seringgit memulakan bicara:

RM1 : Hai..lama x nampak, mana ko pegi?
kemudian duit lima puluh ringgit menjawab dengan penuh rasa bangga…
RM50 :  Aku pegi merata tmpt, pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, pergi Kota kinabalu naik AIR ASIA, lepak ONE UTAMA, tgk konsert AF, main boling, pergi karaoke nyanyi lagu best2....tmpt2 cmtu lah..eh, ko cmne plak?
Duit seringgit menjawab perlahan smbl menundukkan kepalanya…
RM1 : Hmm...biasalah, balik2 tmpt sama..surau, masjid, surau….








Moral of the Stories: jgn pandang rendah dengan nilai yg sedikit kerana nilai sedikit itu yg bnyak pergi ke tempat2 amal &bnyak memberi pahala serta kebaikan kpd kita… :)

10 August 2011

~ ::10 RAMADHAN:: Wordless Wednesday#2 ~

assalamualaikum…





p/s: salam 10 Ramadhan!

…Cinta itu tidak seharusnya Memiliki…

08 August 2011

~ ::8 RAMADHAN:: Ini kerja budak2 yang tak ada kerja ke!?? ~


assalamualaikum…



Hari tu aku & family pergi jejalan. Masa on da way ke tempat yg hendak dituju tue kami t’sesat kat  satu jalan nie. Jalan tu jalan kg jer, so xde la besar sgt. Masa dalam kete tetiba adik aku menjerit, “ tengok anak-anak Meli kat depan!” aku masa tue tgah asyik men phone tetiba t’kejut then aku tanyalah adik aku apa menda,masa tue aku fikir anak2 lembu nk melintas jalan tapi xde pulak lembu kat depan tue.. then adik2 aku sume gelak. Pas2 dorg ckap “kak cuba tengok signboard tu,”
lepas jea tengok signboard tue apa lagi kami semua gelak la…hahaha
sakit perut aku gelak hari tue..
korang nk tahu apa t’tulis kat signboard tue???haha…
jom tengok bawah….













AWAS
ANAK-ANAK
MELI
DIHADAPAN


Inilah kerja budak2 yg tak ada kerja… Ada-ada jer idea dorg kan..  Kekadang rasa nak marah pun ada kat dorg nie… hmm…keje sapela nie yer??kalo tak de keje sgt meh sini keje kat umah aku..
meh tlg mak ak buang smpah ke…dapat gak upah…haha
ini tak asyik buat jahat jer…
ini pun keje budak2 yg tak ada keje jgk….
tengoklah….


gambar nie ak snap kat depan sekolah kat area situ…  Dah elok2 org letak public phone ko buang…kalo xda mcm2 ko komen..huh!








PesananIkhlasKu: Entri nie tak ada kaitan ngan bulan ramadhan pun tapi harap2 sape yg buat tue insaf2lah sempena bulan ramadhan yang mulia nie….
Salam 8 Ramadhan! =)
 



06 August 2011

~ ::6 RAMADHAN:: Cerita Budak Sekolah~

assalamualaikum…
Salam 6 Ramadhan semua! =)
Dalam kelas sebelum ustazah masuk…
Si A: Awak, awak puasa tak hari nie?
Si B: Puasa!
Si A: Kelmarin??
Si B: Puasa!
Si A: Kelmarin satu lg, puasa tak??
Si B: Puasa!
Si A: Kelmarin,kelmarin satu lagi awk puasa tak???
Si B: Puasa la!
Kemudian ustazah masuk kelas…
Ustazah: Hari ini dah masuk 4 hari kita puasa, ustazah nak tanya sape puasa penuh? jawab dengan jujur yer…
semua pelajar angkat tangan….
KECUALI….


 Si B!




hahaha…t’gelak2 aku dengar adik aku yang daja 5 citer masa dia kat sekolah hari khamis lepas….
act. Si A tu my little sis and Si B tu her fren.. =)



p/s: jgn ckp bohong…tak kiralah bulan puasa atau tidak..tak baik tau ckp bohong!=)  

05 August 2011

~ ::5 RAMADHAN:: Ini Bukan Cerita Si Tanggang! ~

assalamualaikum…
Dikisahkan mengenai satu keluarga miskin dua beranak yang tinggal di pinggir sebuah kampung. Seorang ibu yang sudah tua serta uzur bersama anaknya yang muda remaja. Kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Si ibu begitu kasih kepada anaknya. Dia membela anaknya bagai menatang minyak yang penuh. Maklumlah, itulah sahaja anaknya seorang.
Anak muda itu kerjanya mencari kayu api dihutan dan menjualnya di pekan yang terletak agak jauh dari kampung mereka. Sebagai manusia biasa, anak muda itu ingin hidup mewah dan bahagia seperti orang lain. Seringlah dia berangan-angan ingin menjadi kaya, ada pakaian dan kenderaan mewah, ada mahligai dan taman-taman, dan yang paling best, dia digilai orang ramai perempuan. Tapi apakan daya, dia seorang miskin.
“Oh, kenapalah aku ditakdirkan miskin. Bilalah nasib aku akan berubah?”
Sehinggalah ke suatu pagi, seperti biasa, anak muda itu keluar mencari kayu api. Sedang dia berjalan laju di dalam hutan, dia telah tersepak sesuatu yang keras sehingga menyebabkan dia jatuh tersungkur.
“Aduh, celaka punya batu.”
Sumpahnya sambil menggosok-gosok ibu jari kakinya yang luka. Pandangan matanya tertumpu kepada benda keras yang disepaknya tadi. Kelihatan benda itu bersinar-sinar, mengeluarkan cahaya yang menyilaukan mata. Dengan segera dia mendapatkan benda tersebut yang sudah separuh tertanam di dalam tanah. Digali dan dikeluarkan lah benda keras tersebut. Besarnya adalah kira-kira sebesar bola ragbi.
Setelah diamat-amati, tahulah dia bahawa benda keras yang disepaknya tadi adalah sebuah batu permata yang besar. Maka berdebar-debarlah hatinya dan menggigil lah seluruh anggota badannya. Terbayanglah olehnya akan harga permata itu. Dia akan jadi pemuda terkaya dalam negerinya. Berangan-anganlah dia mempunyai pakaian dan kenderaan yang mewah, mahligai dan taman-taman, dan sekali lagi yang paling best. dia digilai oleh ramai perempuan.
“Kali ini betul-betul, bukan cobaan” seperti kata pendekar mustar.
Anak muda itu bergegas pulang ke rumah. Ingin segera memberitahu ibunya. Dipertengahan jalan dia melalui sebuah kolam yang biasa disinggahinya sebelum ini untuk dia melepaskan lelahnya. Terfikirlah olehnya untuk membasuh dahulu akan permata tersebut. Dia pun duduk mencangkung di tepi kolam dan membasuh permata itu dengan bersungguh-sungguh.
Ditakdirkan batu permata itu terlepas dari tangannya dan jatuh ke dalam kolam. Maka menggelabah giler lah dia. Pucat lesi seluruh badannya. Anak muda itu telah turun ke dalam kolam untuk mencari permata itu. Malangnya setelah sekian lama mencari, tak juga berjumpa. Berapa lama kemudian dia telah berputus asa. Dengan sedih dan hiba dia termenung di tepi kolam sambil berkata,“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
Hari telah lewat senja maka hebohlah orang-orang kampung akan kehilangan anak muda tersebut. Tersangat sedihlah ibu tua dan menangisi kehilangan anaknya. Berbagai-bagai andaian bermain difikirannya. Gerakan mencari dibuat secara besar-besaran. Sehingga lewat malam mereka masih belum menemui anak muda tersebut. Gerakan mencari terpaksa dihentikan dan disambung keesokkan harinya.
Hari esoknya orang kampung telah menemui anak muda tersebut yang masih duduk termenung di tepi kolam. Bila ditanya apa yang terjadi, maka jawabnya,
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
Maka orang kampung pun membawa anak muda itu pulang ke kampung dengan anggapan dia telah tersampuk. Dia diserahkan kepada ibunya. Ibunya begitu gembira tidak terkata. Namun dia berasa hairan kerana anaknya masih mengulangi perkataan,
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”

Dipendekkan cerita seorang bomoh kampung telah dipanggil dan setelah diberi ubat maka anak muda tersebut telah tertidur sehari suntuk.
Esoknya pagi-pagi hari, anak muda tersebut telah terjaga. Keaadaannya kelihatan normal. Seperti biasa dia menyapa dan berbual-bual dengan ibunya dan bersiap-siap hendak keluar mencari kayu api. Dengan perlahan ibu tua bertanya kepada anaknya akan hal yang terjadi semalam. Anaknya terdiam dan mula termenung panjang. Kemudian dia berkata,
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”

Apalagi, si ibu tua begtu sedih dan kesal dengan kejadian itu. Menyesalnya dia bertanya akan hal itu bukan kepalang. Kemudian si ibu tua itu pula telah termenung panjang dan berkata,
“Kenapa la aku tanya…”
“Kenapa la aku tanya…”
“Kenapa la aku tanya…”
Diulang-ulangnya lagi perkataan itu,
“Kenapa la aku tanya…”
“Kenapa la aku tanya…”
“Kenapa la aku tanya…”



************ SEKIAN ***********
Pengajaran dari cerita.
Bayangkan penyesalan manusia yang semasa di dunia, namanya dicatit sebagai orang Islam tapi di akhirat namanya tercatit dikalangan orang kafir.
Nau’zubillahi min zalik.
Semoga Allah lindungi kita dari kerugian dan penyesalan tersebut.
Jadi, mahu tak mahu, kena buat usaha untuk pelihara iman dan kuatkan iman.
Salam Hari Jumaat!
Salam 5 Ramadhan! =)